31 Dec 2016

Trip WA : Rottnest island part 2


Assalamualaikum

Sambungan dari rottnest part 1, Lepas di Jeannies lookout, kitorang jumpa Little Salmon Bay. Kat sinilah tempat femes untuk snorkeling kat Rottnest, air laut kaler biru turqouise. Ayy kalaulah kitorang pun boleh terjun dalam laut tu..

those guy are so lucky dapat snorkel kat situ

Macam biasa, takleh singgah lelama kat sini. So depan sikit tu singgah kat satu bay ni. Tak ingat sangat apa nama tempatnya, tapi rasanya macam eagle bay.. Rasanyalah eh.. Tu pun sebab nampak banyak eagle kat sini, haha.

Kat sini barulah nampak awan2 sikit sebab cuaca gloomy. Pastu terus hujan rintik tapi sekejap je hujannya.

see i dah kata ada eagle

bay yang cantik, tpi kena pagar. tak sure boleh mandi kat sini ke tak

wind turbine

Lepas cycling2, kitorang pun lalu kat pink lake yang tak berapa nak pink tu. Dah bosan sangat asyik tengok laut je, kita beralih pada tasiklah pulak. Time nak turun kat pink lake ni seronok je meluncur lajuuu. Sekali bila nak daki bukit tu balik...... Azab!

still can see the pink shades


Setelah mengayuh dengan penuh azab, kaki sumpah sakit tahap parkinson dan nak rehat jap. Time ni dah pukul 12, cycling lama sangat haruslah kami lapar dan penat. 

Persoalannya disini, ada ke tempat redup ek? hahahaha *gelak pasrah*

Sebelum tu, kami singgah kat City of York, ni pun tempat pernah berlaku kapal karam jugak cuma bangkai kapalnya je takde.


Btw, kat sini aku sempat turun sampai beaches tapi langsung takde orang. Haha. Bukan antara tempat tarikan, so sunyi je pantai kat sini. Apapun, masih indah seperi pantai-pantai yang lain.


Lepastu baru singgah Catherine Bay, Kitorang makan tengahari kat sini je. Nasib baik kat seberang tempat parking basikal ni ada kerusi dengan pokok, dapatlah lari dari sinaran mentari terik tu.


Pantai ni banyak batu macam dalam gambar tu. Jangan berani-berani nak duduk atas batu ni, tajam benerrr. Kat sini sempatlah ai main celup-celup kaki, celup tangan. Sempat jugak aku tapau air laut rottnest ni dalam botol air. Bukan untuk minum, saja buat kenangan jurr. sampai sekarang laut rottnest ni ada kat bilik ai, buat hiasan atas meja. Nampak sangat takde keje kan pegi amik air laut?

And oh, kat sini adalah 2, 3 ketul manusia yang bermandi-manda. And kawan mat salleh aku pun kelihatan bersantai kat sini jugak.

Eh baru terserempak awek mat salleh tu kat setiap point dah terus mengaku dia kawan! Padahal takde bertegur sapa pun, just senyum je bila terserempak banyak kali, haha.
pantai ni pun terhijab dari orang ramai. Siapa yang tak suka tempat sesak bolehla mandi kat Catherine Bay

Seperti yang dijanjikan, kitorang pun makan tengahari yang dah dipack dari rumah, roti dengan chili tuna jenama ayam brand tu jer youu. Jangan expect kitorang makan sedap kat pulau yang langsung takde muslims ni ehh, lagipun area rehat ni langsung takde kedai pun.


syukur masih dapat karbohidrat


Sekian dulu, kita sambung entry lain untuk tempat2 yang seterusnya. InsyaAllah last entry untuk Rottnest island. InsyaAllah eh, tak jamin last ke tak :p


11 Dec 2016

me'nate steak hub si daging juicy!


Assalamualaikum

Dah lama teringin nak makan kat me'nate ni sejak tau branch bangi baru bukak awal tahun haritu. Sebagai warga bangi, haruslah kami gembira sebab takyahla pegi jauh2 dekat Ampang dengan Setapak sana! Alhamdulillah bangi semakin maju dengan makanan sedap. #lulz

Rasanya restoran ni pernah viral suatu ketika dahulu sebab dikatakan harga steaknya mahal dan ada yang sampai mencecah ribu ringgit. Selain tu, pernah juga viral pasal sorang diva yang taknak ku sebut namanya sebab well you know who kan? haha :p

Tapi tak semua steak kat sini mahal-mahal oii, bergantung pada jenis steak yang korang makan jugak. 

Marhaen macam iolls ni ambik yang biasa-biasa jelah. Tapi biasa-biasa pun sedap jugak y'all!


Kalau korang taknak makan steak. ada jugak menu lain macam pasta, pizza semua tu.


Menariknya, kita boleh pilih steak sendiri. Ada jugak baca review dari blog orang lain tapi still, masih jakun dan tak reti bab-bab memilih steak ni. Macam-macam jenis, macam-macam nama ada. Tak fahamlah saya dengan bahasa daging ni..

grain fed, grass fed, angus, wagyu. Ni nama-nama daging, dan yang paling mahal mestilah daging wagyu tu. Sejenis lembu import daripada jepun yang berkualiti tinggi!

sesi pemilihan daging untuk diabadikan didalam perut
Selain tu, boleh pilih teknik grill yang kita suka. Memula aku nak try medium rare, tapi dia tak galakkan sebab daging berdarah-darah. So cadangan terbaik adalah medium well. Berlagak mat salleh betul iolls ni nak try medium rare, kalau reti makan takpelah jugak kan? telor mentah pun kau tak mampu telan jangan mimpi nak makan daging separuh masak. #Tetiba xD

Oh lupa, air boleh refill free sampai muntah. Kopi dia sedap, dua cawan aku minum. Air jus pun okay jugak!

sebab meja kitorang betul2 berdepan dengan refill bar....Anda boleh tahu apa yang terjadi selepas tu :p 

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, steak pun sampaiii~ Dia terhilangkan steak yang kaklong aku dah pilih padahal dah ada tulis nama kot... So, steak kaklong sampai lambat sikit daripada kitorang. Kesian beliau..


grain fed ribeye - RM 57.64
Steak ni lembut serta senang dikunyah dan of courselah sedap. Black pepper dengan mushroom gravy tu paling aku suka! Yang ni special sikit sebab dia bagi mushroom gravy, diorang yang pilih steak lain tak dapat pulak kuah mushroom ni.

lamb rack - RM 59.84
Macam lamb chop yang biasa makan tu. Tapi yang ni punya tak liat and senang nak kunyah.

the grass strip
Taktau kenapa, grass strip ni agak liat sikit berbanding daging lain, penat dok ngunyahh. Walaupun dah mintak cara grill medium well, tapi rasanya macam diorang grill medium jee. Ke memang daging ni yang liat? Apapun, beliau sangat cantik ><

oh cantik sekalii <3

So here's the result....

Jangan pandang rendah dengan steak, nampak je macam sikit kan tapi sekali kau makan memang kenyang sungguh. Abang aku yang kuat makan tu pun sanggup menolak steak yang aku offer kat dia, haha.

Not bad laa, steak dia sedap! Patutlah tiap-tiap hari pun orang ramai makan kat sini.

Rate saya:
3.5 / 5

Thanks for reading!