8 Feb 2018

Trip Boracay - tour guide and Airbnb review


Assalamualaikum

3/2/2018 - Sabtu

Setelah sekian lama tak travel, akhirnya berangkat jua aku ke Boracay pada awal februari baru ni. Ini kira reward lepas habis diploma jugakla, tapi kena guna duit sendiri haha! To be honest, aku tak pernah terfikir pun nak menjejakkan kaki ke Filipina tapi disebabkan Boracay ni pulau dan pernah google pasal keindahan disitu so aku pun jalann.

Dahla keliru antara Boracay dengan Bora Bora island.

Trip kalini pergi berempat iaitu aku, kakngah dan 2 orang kawan kakngah Kak Aten dan Kak Pika.
kakngah, kak Aten, me and Kak Pika
Flight dari KLIA 2 bertolak pada pukul 11 pagi dan tiba di Kalibo airport pada pukul 2.50 pm, waktu kat sana sama je macam Malaysia. Airport dia memang kecil memandangkan situ bukan main airport, tahap kebesaran dia macam kat terminal bas je. Paling dahsyat kitorang kena beratur sejam setengah untuk lepas immigration. Aku tak pernah beratur lama macam ni pergi mana-mana airport ._.

Kesian kat tour guide kitorang kena tunggu lama gilaaa, maaf yerr ini diluar jangkaan. Oh btw masa tengah landed tu hujan turun selebat-lebat alam. 


Perjalanan nak pegi ke rumah penginapan bukan sekejap yer, ambil masa sehari suntuk jugaklah. Naik flight hampir 3 jam baru sampai Kalibo, dah sampai tu kena ke Caticlan jetty dan ambil masa 2 jam perjalanan, dah sampai jetty pulak kena naik boat ambil masa 30 minit dann barulah sampai ke Boracay.

So total perjalanan haritu lebih kurang 6 jam 30 minit untuk sampai ke destinasi yang diimpikan. Kitorang sampai homestay tu dalam pukul 8 lebih. Macam biasalah first day sampai rehat-rehat je kat bilik.

ni boat untuk ke Boracay
Public transport kat sini cuma menggunakan motocar je. So kitorang yang angkut luggage 23 kg kenalah naik motocar ni, nasib baik tak tumbang jelah. Aku rasa tansportation diorang ni sangat unik tau, klasik gituu.

Homestay kitorang duduk dekat Bulabong beach dan betul-betul duduk tepi pantai! Sejuk gila kot dengan angin laut. Rumah tu cari kat airbnb dan memang selesa duduk 4 orang, bersih pulak tu. Cuma bilik kitorang duduk tingkat atas so kena naik tangga spiral yang sempit nak mati. Engko bayangkan kitorang punya kalut nak angkat luggage 23 kg tu naik atas?

Gina kata "did you carry stone in your bag?". Yang buat berat tu sebenarnya isi makanan. Macam boleh kebuluran je duduk kat sana kan, padahal stay 4 hari 3 malam je.

Oh btw Gina is our tour guide. Kitorang ikut trip Kak Bora, ni instagram --> Boracay Travel & Tour dan pakej ni memang akan sediakan makanan halal untuk muslims! Pakej 4 hari 3 malam ni dah include sekali dengan aktiviti which is Island hopping, sunset sailing, lunch & dinner, dan boleh pilih 2 aktiviti antara ATV ride, zipline dan helmet diving. Semua aktiviti ni best gilaa! 

Walaupun kitorang ikut trip Boracay Travel & Tour tapi yang bawak kitorang jalan-jalan is Gina and her sister in law, Julyn. Diorang ni sebenarnya belum pernah jumpa dengan Kak Bora lagi sebab Kak Bora duduk kat Malaysia dan belum pernah sampai ke Boracay lagi. Punyalah aku ingat Kak Bora ni tinggal kat Boracay dan bawak kitorang tour rupanya dia guna orang tengah. Memang salute sangatlah dengan diorang ni, even tak pernah jumpa pun sangat trust each other.
Ini Gina
Haritu Gina kata Kak Bora nak datang situ bulan 3 nanti, so itulah kali pertama diorang berjumpa. Ni instagram Gina sebagai tour guide untuk Boracay Tour ni ---> lmktravel&tours 

Berbalik pada homestay, KAYO Boracay adalah tempat tinggal kitorang selama 3 malam ni, cuma RM 81 per night. Pintu masuk dia kalau sekali tengok memang taktau pun tu homestay. 
yang anak panah merah tu ialah pintu masuk. yang gelap kat depan tu pulak ialah pantai
stok makanan yang akhirnya tak mampu nak habiskan semua hahaha
Semua barang-barang dalam rumah ni memang lengkap dari perlatan memasak sampailah ke peralatan bilik mandi. So kalau korang bercadang nak sewa rumah ni tak perlulah bawak periuk belanga sabun mandi semua tu. Dapur memasak pun ada juga cuma dia duduk kat bahagian luar.

ada hammock jugak. memang best kalau nak chilling amek angin laut
So ni adalah Bulabong Beach kat depan rumah tu. Tiap-tiap hari keluar rumah je memang nampak pantai ni, memang rumah idaman akulah duduk kat tepi pantai ni.

Nak berjalan ke pantai ni cuma 5 kaki je. Kalau nak ke White Beach dimana kitorang buat aktiviti cuma berjalan 15 minit saja. Memang dekatlah nak pergi ke pantai-pantai dan area shopping, nak hafal jalan pun mudah.

Overall, aku suka duduk kat sini sebab lokasi dia sangat dekat dengan attraction spot, duduk tepi pantai dan rumah dia comel hehe.

Ini jelah yang berlaku untuk first day kat sana. Hari ke-2 dengan ke-3 memang packed dengan segala aktiviti yang best-best, so stay tuned!

Thanks for reading!


19 comments:

  1. Ooo kat sini la dalam instagram tu yer... Cantik gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha haah nilah dalam instagram tu xD

      Delete
    2. Cantik & homestay yang korang pilih. Tak pernah jejak kaki lagi ke philipines.

      lakiterok.com

      Delete
    3. selesa duduk homestay tu, harga pun okay sangat. samalah, tk pernah terfikir pun nk ke philipines xD

      Delete
  2. Seronoknya pergi Boracay! Teringin nak pergi Boracay tapi takde kawan nak pergi T__T

    Btw tak sabar nak baca posts seterusnya pasal Boracay :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun menumpang kasih dengan kawan kakak je :p tak sangka lak pegi travel dengan dorang ni best sebab perangai gila2

      Delete
  3. Lamanyaaa nak lepas dekat imegresen. Hahah! Boleh tahan jauh jugak dari airport tu nak sampai. Fuhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpeee sakit kaki ai kena berdiri lama T__T
      tak sangka lak dari Kalibo nak ke boracay tu memang jauh betul perjalanan dia haha

      Delete
  4. uwahhhh bestnye.tak sabar nak baca lagi

    ReplyDelete
  5. menariknyaaaa, teringin jugak nak pergi boracay sebab cantik :D
    sambung please. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. worth it! cantik sangat dan aktiviti laut kt sana bestt

      Delete
  6. best lah dapat pergi
    fuh bnyk betul stok makanan
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, banyak gila makanan. last2 bawak balik malaysia jugak hahaha

      Delete
  7. filipina is one of asian countries I really want to go! :D hahaha org ramai tak faham kenapa beria sangat nak ke filipina T__T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. lps pegi boracay ni saya rasa macam nak explore lagi pulau2 kat philippines!

      Delete
  8. filipina ni tak termasuk dalam list tempat nak pergi kecuali pulau diorang! mesti lawa gila kan. tazabar utk update seterusnya *0*

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup filipina banyak gila pulau2 yg lawa. target pasni nak pegi cebu

      Delete
  9. comelnyaaa rumah and dekat ngan pantai memang ohsem..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~