8 Aug 2017

Pekak sementara


Assalamualaikum

Pernah tak korang mengalami masalah telinga yang tersumbat? Telinga termasuk air atau taik telinga penuh kee, haha.

Kisahnya, masa raya ke-2 yang lalu telinga aku pekak sebab termasuk air. Aku anggap itu cuma kejadian biasa sebab memang selalu jadi macam ni, so buat tak kisah jela. Nanti lepas seminggu dua baiklah dia. Sekali, nak dekat tiba tarikh muet speaking test pun telinga ni masih tak dengar-dengar lagi. Cuakla jugak sebab khamis tu dah nak amek test, isnin malam tu baru bergegas nak pegi klinik(jangan jadi macam ni eh)
Image result for ear
credit google
Doktor check, dia kata telinga ni tersumbat dengan cotton bud. Aku tau walaupun cotton bud ni tak bagus tapi dah masa tu terdesak sangat nak telinga elok semula, huhu.. Padan mukalah kan tersumbat makin teruk. So doktor suruh cari ubat titis telinga kat farmasi(klinik tu habis ubat telinga) untuk kasi semua benda2 dalam telinga tu cair.

Tapi ubat telinga ni tak terlampau membantu. Jadi, aku pun terpaksa amek speaking test dalam keadaan pekak2 tu. Tapi alhamdulillah still boleh buat walaupun pendengaran tu samar-samar sikitt.
mahal jugak botol kecik ni je RM19..

Dan hari isnin minggu lepas baru pegi jumpa doktor untuk check telinga for the 2nd time. Tu pun sebab ubat telinga dah habis, tapi telinganya still tak elok-elok lagi. Dahla minggu tu pulak ada listening test so nak taknak telinga memang pentinglah.

Aku pegi klinik Al-Huda kat Seksyen 4, Bangi. Aku cakap kat doktor, dah titis ubat telinga tapi still tak elok-elok lagi, masa ni pasarah jelah kalau doktor kata nak kena bedah telinga ni... So doktor guna method tembak telinga pakai air. Kat sini diorang boleh tolong cucikan telinga sebersih-bersihnya, rasa rugi betul taktau dari awal haritu.
credit google
I suggest kalau sesiapa yang selalu alami masalah telinga tersumbat ni, korang tanya kat klinik tu boleh ke tak nak cuci telinga. Tak semua klinik kot ada cuci telinga ni. Sebab ni pun 1st time aku pegi check telinga and doktor suggestkan cara ni. Kalau sebelum2 ni doktor selalu bagi ubat telinga je, ceitt.

Masa diorang tembak telinga tu tak rasa sakit tapi geli sikitla. Paling powernya, dalam masa satu minit je dah settle cuci sebelah telinga. Memang rasa puas kot selama ni aku hidup dengan telinga yang pekak je memanjang, kalini telinga rasa kosong. Bak kata doktor, nampak jelas gegendang telinga tu haa.

Lepas dah habis cuci telinga tu, rasa terkejut dengan bunyi-bunyi dekat sekeliling aku. Bunyi kipas kuat gila, bunyi orang bercakap nada biasa pun aku dengar macam diorang menjerit. Rasa macam salah satu nikmat yang dah ditarik tu kembali semula hahaha.

Aku kata kat doktor, "rasa tak biasalah dengan bunyi-bunyi kat sekeliling ni, kuat sangatlah pulak" doktor cakap, "nak saya sumbatkan balik telinga awak ke?" Pftt okay. Doktor kata memandangkan telinga dah elok ni, masa test nanti kena score band tinggi..(lulz)

Ni baru sekejap je Tuhan tarik deria pendengaran aku, tu pun rasa susah bila nak berkomunikasi dengan orang. Sekarang ni telinga dah elok barulah rasa lebih bersyukur sikit dapat dengar bunyi-bunyi kat alam ni. Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu mahu dustakan?{Ar-Rahman} Ada hikmah disebalik kejadian.

Hati-hati masa korek telinga, jangan sampai tersumbat!

Thanks for reading!


Kalau sudi silalah klik ya, hehe.


25 comments:

  1. mwahahhahahahaha okay yang ni kelakar XD
    dulu waktu kecik2 pernah masukkan pasir dalam telinga, abah cerita.. tak ingat sgt yg tu tapi waktu tu tak skolah lagi rasanya and entah kenapa boleh ingat kata time tu naik beca pergi klinik sbb nak cuci telinga... pakai benda sama mcm kes kat atas XD

    bila dah besar.. masa diploma tetiba sakit tatau kenapa, lepas tu doktor bagi ubat mata kowt =_= last2 kena infection, g check dkt doktor lagi sekali, doktor tolong bersihkan...

    kenangan betul XD

    tapi, sampai searang tak reti nak ermm korek telinga sendiri.. dah 25 pun suruh abah korekkan... ahhahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha saya pulak yg gelak baca komen sbb abah yg tolong korekkan telinga xD

      sejak kejadian ni saya takut nk korek telinga, takut tersumbat lagii. kalau nak pon doktor kata beli besi yg khas utk korek telinga tu

      Delete
  2. Like seriously nama method tu tembak teling a pakai air? Pakai air sungguh ke? Ke dia sedut je taik taik telinga tu sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dia pakai air je, tembak kuat2 sampai segala kotoran tu jatuh sendiri. Tapi bestla xD

      Delete
  3. Pernah kena telinga tersumbat kerana jenis taik telinga keras.
    Pegi klinik pakar ent, dia bagi ubat titis dan sedut. bersih semuanya.
    Yang tak tahan tu sekali servis tak cukup RM200

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dh titis telinga pakai ubat tu senang sikit nak keluar,taik telinga dia dh cair

      Mahal gak eh, saya ni buat free sbb ayah staff ukm

      Delete
  4. masa form 4 kalau tak silap,telinga sebelah kanan sakit gila,mmg tak dapat nak tidur,keluar benda mcm nanah ya allah mmg sakit yg terlampau sgt masa tu so pergi kat kpj check telinga dia bagi ubat yg macam tu jugak tapi tak berkesan langsung, doktor cakap lama2 nanti akn sembuh,telinga sebelah kiri pulak ditembak mcm yg mazni cakapkan tu,doktor tu siap bagi gambar before & after telinga tu ditembak lagi hahahaha cisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha best kan tembak telinga tu, saya ni yg noob baru tau ada cara ni. Padahal masalah telinga pekak ni sejak dri kecik lagi kott. Kalau tau awal2 memang dari dulu lagi TT

      Delete
  5. klaau kita kene xdpt dgr sementara ni dah cuak dah, rasa nak pegi cuci telinga plak bila baca entry ni ;D

    ReplyDelete
  6. saya je buat tak kisah sbb anggap benda ni dah biasa. teruk betul XP

    ReplyDelete
  7. I pernahhhhhhhh OMG I wanted to cry seriously! haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i tak terasa nak nangis sebab benda ni memang wajib terjadi tiap2 bulan HAHAHA

      Delete
  8. hahahaha, lucu la. dah tergelak baca bahagian perbualan dengan doktor. setakat ni saya belum lagi sakit telinga. cumanya kurang dengar padahal dengar cuma diorg cakap slow sgt. alhamdulillah.. cuma pernah sakit sbb tumbuh jerawat dkt telinga. adoi.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah kan kalau telinga problem ni. bila orang bercakap kita xleh dengar, menyirap pulak org tu xD dah biasa dah kena panggil pekak huhu

      Delete
  9. mesti rasa cuak sebab telinga jadi pekak sementara kan T^T
    BV takut la nak jumpa doktor2 nie, penakut hahahha >..<

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula macam tak cuak sbb husnuzon lagi seminggu dua baiklah telinga ni
      jadi cuak bila tau tarikh nak amek test tpi telinga still tak elok lagi ><

      Delete
  10. Selalu jugak kena telinga masuk air tu. Hahah! Tapi tak lama lah, kejap je dah elok :)

    ReplyDelete
  11. Bolehlah try cuci telinga lepas ni. Tapi tak tahu nak cuci dekat mana kalau dekat sini.

    ReplyDelete
  12. Ooo sebab cutton bod ek.. siqah kalau korek telinga pakai yang besi tu, tapi kadang2 ada gak tercucuk. Huhu. Terlajak :D

    Betul cakap Mazni. Bila ditarik sebentar fungsi telinga, jadi tak keruan rasa. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan :)

    ReplyDelete
  13. pernah kena bila telinga masuk air. tapi kejap je la.
    takleh bayang kalau kena macam mazni; mesti nangis nanti hahaha

    take care, mazni. lain kali hati-hati.
    banyak kali dah dengar problem sebab cotton bud ni

    ReplyDelete
  14. org kata kalau korek telinga pakai cotton bud tu tak bagus.. tapi diorg tak tahu ke nikmatnya korek telinga pakai cotton bud??

    thnks bru tau ada klinik yg buat cuci telinga LOL

    ReplyDelete
  15. pergi hospital je terus.. dia guna mesin sedut.. kadang2 guna air tak jalan kalo taik telinga tu dah tersumbat kena guna mesin vakum sedut keluarkan dia.. :D :D tak mahal pun below rm300 kot kalo tak silap..

    ReplyDelete
  16. guna jari je korek telinga tu pun kdang2 pekak jugak huhuuuu. cedih.

    ReplyDelete
  17. Jemput singgah dan baca :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/09/im-glad-to-be-part-of-them-sea-games.html

    ReplyDelete
  18. First time ni dengar klinik boleh cucikan telinga... nanti nak try tanya klinik sinilah...

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~