24 Jul 2017

Cara kenali produk timbang kilo


Assalamualaikum

Sekarang ni banyak sangat produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan merbahaya. Paling teruk, dah dijual secara meluas pulak tu kat malaysia! Kesian tengok orang yang dah terkena dengan produk bahana ni, naya kulit dia. Sebab tu, kita sebagai pengguna kena bijak dan buat research sebelum nak beli sesuatu produk tu. Benda tu nak pakai kat kulit kita gaiss, kulit. 

Usually produk-produk ni kita panggil dia sebagai krim timbang kilo. Apatu krim timbang kilo? Krim ni kebanyakkan diambil dari Thailand je, diorang beli banyak-banyak pastu packing dalam bekas pastu jual pastu dapatlah duit. Senang kan?
camni ha ghope dia. Ada yang berkaler-kaler
So.. Macam mana kita nak kenali produk-produk yang tak elok ni? Senang je, comfirm sekali tengok korang dah boleh judge produk-produk camni haha!

1. Produk consist of krim siang & malam dan sabun seketoi

Mana yang ada set krim siang, malam, subuh maghrib tu out jelaa. Kalau korang tengok set skin care international tu mana ada krim siang malam. Sabun apatah lagi.. Kalau up sikit, kadang tu dia tambahlah toner, cleanser blabla..

 laneige skincare set
Beza antara local product punya set dengan international. Mana yang anda rasa lebih nampak meyakinkan?

2. Packaging cheapskate

Hat ni memang aku marah betul, sangat tak eksklusif aka murahan! Dahla semua sepesen je, harga pun boleh tahan mahal. Dah kalau packaging pun sebegitu rupa memang awal-awal lagi dah kena keji. Aku kalau nak beli apa-apa mesti tengok packaging dulu. Bukan apa, bila packaging lawa, mesti kita pun tertarik dan rasa lebih yakin nak pakai produk tu.

Biasanya produk2 camni pakai bekas tiub yang kaler putih yang ringan tu. Boleh nilai?
    
contoh cheap packaging
Lepastu, mereka print nama produk dan terus lekat kat bekas ni. Paling tak menahan, dia punya sticker tu jenis yang macam mudah tertanggal. Kalau kau simbah air kat sticker tu mesti dia basah sampai tinggalkan kesan, lels.

Lagi satu, produk ni biasanya akan pakai nama orang atau nama founder itu sendiri. Contohnya, markonah beauty, hamedahlicious, Jemah. Pastu tambahlah sikit tagline2 dia "cantik dalam masa 24 jam" gitu.

3. Tidak dijual di drugstore
drugstore

Biasanya produk-produk macamni hanya dijual melalui instagram, facebook, dll. Kalau nak selamat, belilah produk yang hanya dijual di drugstore. Produk2 local yang aku tau ada kat drugstore cuma shurah, syahirah, cosmoderm, safi. Yang lain tu maybe ada lagi tapi lupa namanya, boleh check sendiri. 

Personally local product favourite aku adalah safi. Safi gamat bagus untuk hilangkan jerawat! #terpromote

4. Warna krim lebih kurang sama

And krim dia pekat nak mampus kalau tonggengkan pun takkan meleleh.

5. Produk ni menjanjikan akan nampak kesan seawal 3 hari/seminggu

Proses nak cantik ni biasanya memakan masa ya gais. Kulit kita bukannya hebat sangat sampai boleh jadi cantik untuk satu malam, semua benda perlukan kesabaran. Kalau hari pertama pakai krim then hari ketiga dah start putih tu.... jaga-jagalah. Boleh bayang tak betapa tingginya kandungan chemical dia?

6. Bila stop pakai jerawat naik

Rasanya dah banyak kes kot pasal benda ni. Once kau stop pakai product tu, muka memang breakouts teruk. Nak pulihkan mengambil masa yang sangaaaat lama. Ada yang paling teruk sampai masuk hospital. Kepada yang mengalami masalah breakout, sila pakai cetaphil. Ini saranan daripada doktor dan mangsa breakouts ye. Depa kata sekurang-kurangnya amek masa 3-5 bulan untuk sembuh.
Image result for acne breakouts

7. Founder claim bahan-bahan yang digunakan adalah 100% semulajadi

Yang ni memang kita panggil sebagai marketing strategy kan tapi kena tahu, semua produk kecantikan ni mesti akan ada bahan chemical, tak boleh terus claim natural 100% ye. 

Even Aloe Vera Gel Nature Republic pun cuma letak 92%. Walhal memang kita tau bahan yang digunakan adalah aloe vera, dan gel dia pun sebijik transparent macam aloe vera asli. Ni yang claim produk dia 100% diperbuat daripada bahan organik tapi krim kaler oren pink tu pecitoo? Bukan pewarna tu kategori chemical ke?
                                               
                                 --------------------------------------------------------------------

Haritu aku hampir nak terbeli satu sabun ni, dia kata guna bahan2 organik. So aku checkla sendiri dekat blog depa. Ingredients nampak meyakinkan. Pastu baca pulak cara-cara nak pakai sabun tu. Dia kata rehatkan muka seminggu tanpa pakai sebarang produk

Maknanya dalam masa seminggu tu kita tak dibenarkan pakai pencuci muka, krim, toner jenama lain supaya kulit muka tak 'terkejut'. Dia taknak produk bercampurlah kiranya. Oh sensitifnya? Aku tak cuci muka waktu pagi pun dah rasa rimas, ni nak suruh kita 'rehat' seminggu? 

Image result for rain wash face
i'd rather wash my face then
Pastu baca pulak comments dari consumer, diorang kata muka jadi gatal2, naik jerawat. Owner reply, "Itu normal, masih dalam proses pemulihan kulit". Ayat ni memang founder selalu guna tau setiap kali kita pakai produk dia, jangan tertipu. Ahaa so aku pun curious lalu menanyakan soklan yang berbunyi,

"Saya pakai korean skin care, kalau nak try sabun ni adakah kena stop semua skincare routine saya?"

Guess what after beberapa bulan, DIA TAK APPROVE SOKLAN YANG AKU TANYA. Sebaliknya dia jawab soalan orang lain. But thanks, barangkali dia nak selamatkan kulit i kot. 

                                         --------------------------------------------------------------------

Still, tak semua local product bersifat macamni. Ada yang buat homemade dan dihantar lab untuk formulasikan produk, kemudian baru jual. Biasanya produk-produk yang dah dihantar kat lab ni terjamin, Sebab tu alamat pun diorang berani letak. Sesetengah produk yg tak bertanggungjawab ni diorang tak letak alamat ye. 

Sebab tu aku cakap entry ni untuk krim timbang kilo ye, yang hat beli kat kilang pastu rebrand. 
 beauty lab
sebelum beli silalah tanya founder dulu samada produk dah diformulasi kat lab atau tak
Walaubagaimanapun masih ada juga yang keep pakai produk ni walaupun dia tau bahaya. Tapi kesannya boleh dapat kanser kulit. Selain tu boleh menyebabkan lapisan epidermis kulit jadi nipis dan dalam jangka masa panjang boleh kena hyperpigmentation(kesan hitam kebiruan pada kulit). Boleh baca sini untuk lebih lanjut.

I credit Jiji untuk info2 ni. Kalau nak mintak tips kecantikan atau produk2 mesti rujuk kawan aku yang sorang ni. Sila rujuk doktor, beauty consultant atau kenalan yang ada ilmu pasal health and beauty ni.

Jadilah pengguna yang bijak. Good things take time, tiada istilah instant beauty :)


Confession mengenai local product (baca comments section)

Thanks for reading!

17 Jul 2017

Yang sedap itu special

Assalamualaikum

Hi semuaaa! Dah makan malam ke belum tu? Ada yang puasa ke harini? Harini aku puasa so tadi berbuka baru je makan burger sebab tiba-tiba teringin. Usually kalau beli burger aku mesti order dua jenis, daging dan ayam. 1 burger memang tak cukup!

Antara dua burger ni, aku lebih suka daging. Disebabkan lebih suka burger daging, aku akan makan burger ayam dulu dan lepastu barulah diikuti dengan burger daging. Ni memang tabiat makan daripada dulu lagi. Tak kisahlah dia dah sejuk sikit ke apa janji makan paling last.


Haritu baru makan boat noodle buat pertama kalinya, so ameklah 5 mangkuk je. Kat boat noodles ni ada 2 jenis kuah which is satu tu macam kuah sup kicap(pathumtani) dan lagi satu kuah dia pekat sikit kaler macam kuah laksa(ayutthaya).

Dua-dua sedap sebenarnya tapi aku lebih suka pathumtani tu. Yang lagi satu rasa dia agak pedas so kureng sikitlah. Makanya yang berkuah kicap tu akan jadi bowl terakhir sebagai penutup 5 mangkuk mee ni. Aku rasa cukup 5 mangkuk untuk sorang makan, tapi kalau lelaki mungkin tambah banyak sikit kot?


Beralih pula pada sushi, makanan paling favourite sepanjang zaman. Disebabkan sushi ni ada banyak choice, so memang aku pilih semua perisa sedap-sedap! Bila dah pilih semua sedap jadinya taktau mana yang nak kena makan paling akhir sekali, haha. Akhirnya perisa grilled lobster aku simpan yang paling last sekali.

Oh, yang ni empire sushi. Memang ada banyak sangat choice dan harga sushi tak lebih dari RM3. Kecuali hand roll ada yang harga 3 hingga RM4. Jenis sushi dia pun lain daripada yang lain contohnya macam takoyaki sushi, grilled abalone, grilled lobster, chicken floss, deli chicken, etc. Comfirm tak menyesal beli banyak-banyak!

Outlets dia ada banyak, tapi setakat yang aku pernah pegi cuma dekat IOI City Mall, Times Square dan The Store Sungai Petani je.


Same goes to pizza, setiap kali order dominos aloha chicken wajib ada.  Dan ini juga akan jadi pizza terakhir yang bakal masuk kedalam mulut. Pizza lain kita dah settlekan awal-awal.

So inilah antara tabiat makan aku. Ada sesetengah orang prefer untuk makan benda yang paling dia suka dulu, pastu baru makan benda lain. Kalau aku benda yang paling suka tu makan paling last sekali sebab nak rasa kenikmatan dihujung-hujung kunyahan tu, lol! Padahal masuk perut semua sama jee.

Taktaulah tabiat makan aku ni pelik atau orang lain pun sama macam ni? ._.

So korang pulak macam mana? Utamakan yang paling sedap atau yang sedap tu makan paling last?

I ♥ FOODS!

14 Jul 2017

Shopping borong di GM Klang


Assalamualaikum

Sebut je GM Klang, nama tempat ni memang tak asing lagi di kalangan peniaga-peniaga. Nilah syurga nak borong segala barang dengan harga yang murah! Baju, kasut, beg, pin tudung, baju baby, gadget phone, langsir semua ada kat sini.

First time aku menapak kat GM Klang ni. Kalau barang-barang yang murah selalunya aku pegi Times Square je. Agak jakunlah jugak sebab ingatkan TS tu dah cukup besar, sekali kau masuk GM Klang ni memang tahap kebesaran dia tu sampai tak habis pusing.


Oh kisahnya pegi GM Klang ni sebab nak beli barang kawen untuk kakak, beli set-set hantaran dengan doorgift. Banyak gila choice, korang boleh pilih nak jenis yang macam mana, price pun tak mahal sangat. Bakal pengantin sukaler mai sini :p


Kedai pengantin ni duduk kat luar bangunan GM Klang tu. Masih di dalam kawasan yang sama, cuma kena jalan sikitlah nak pegi kedai-kedai kat luar. Yang kat luar ni dia lebih kepada jual langsir, karpet, cadar tilam, bantal, barang kahwin. Kalau sape penah pegi Nilai 3, konsepnya lebih kurang samalah. Dari segi harga tak surelah pulak Nilai lagi murah atau GM Klang ni.


Dah settle barang-barang kakak, kita masuk dalam pulakkkk

Yang ni syurga bagi kaki shopping. Baju-baju kat sini semua memang jenis up to date. Kalau nak dapat harga murah, kena borong banyak sikitla. Orang yang buat bisnes online, yang bukak-bukak butik tu selalunya amek stok kat sini je!

Seriously banyak gila choice, memang tak habis pusing satu bangunan ni. Nak survey harga pun aku tak sempat, kahkah!

Beli pin kat sini 10 bijik RM 5! Tapi pin dia jenis satu kaler jela, kalau yang ada batu-batu warna-warni tu 12 bijik RM 10.


Apa yang aku suka kat sini, setiap floor tu mengikut jenis barang yang dijual. Contoh kalau 2nd floor tu dia jual pakaian je semua, floor 3 section kanak-kanak, floor 4 gadget. Senang nak cari barang-barang yang kita dah target gituu.


Aku cadangkan kaki2 shopping sekalian boleh lepak sini. Kalau ada masa banyak trylah survey harga kat setiap kedai, percayalah kaki kau comfirm melecet lepastu. Sebabkan aku kesuntukan masa kat dalam ni so tak dapatlah nak shopping dengan tenang. Syukur jugak duit ni terselamat lol.

Rasa cam nak pegi lagi tapi jauhhhh. Kan bagus kalau boleh pegi naik train je sobs sobs

Thanks for reading!



10 Jul 2017

Little girl meets her princess


Assalamualaikum

Haritu terjumpa gambar ni dekat facebook dan aku rasa gambar ni sangat comell! Haritu dah share dekat insta story so sajalah kita nak share kat sini jugakk.


Si comel ni terjumpa dengan seorang bride masa tengah berjalan-jalan dengan mak dia. Then dia ingatkan bride tu adalah princess dari buku yang dia tengah pegang tu. Budak-budak kan excited bila tengok orang yang pakai gaun cantik-cantik ni, mesti dia ingat princess 


“My wife gave her a flower from her bouquet, and it made the little girls day!

so adorableeee
Gambar ni memang cantik dan membawa makna sangat. Kanak-kanak memang suci pemikirannya. Disaat orang-orang barat selalu stereotype dengan orang berkulit gelap, tapi budak perempuan ni masih anggap bride ni princess yang paling cantik :')

Betullah kadang2 perasaan cinta tu memang tak mengenal warna kulit  Bukan ke bagus kalau semua orang saling menyanyangi tak kira sama ada berlainan bangsa, agama, dan warna kulit. Spread the love!

Thanks for reading!

p/s: Khamis nanti nak amek muet speaking test, so... doakan saya? hehe

CREDIT