5 Jun 2017

Cara recover blog posts yang telah terdelete


Assalamualaikum

Hai korang nak dengar cerita kelakar tapi menyedihkan tak? Haritu secara tak sengaja aku terdelete 1 blog posts yang agak penting. Dahlah entry tu nak kena parmanently duduk kat blog ni kot, mati akai jugaklah nak pikir macam mana nak taip entry tu balik, haha.

Lagi mati akai sebab benda tu review yang orang bayar. Kau ghaseeee??

Ok ini adalah entry yang aku dah terdelete tu --> KLIK NI. Sedih jugakla sebab entry tu dah ada orang komen, pageviews pun agak banyak. Nak buat macam mana, terpaksa ku tinggalkan semuanya pergi.. Tapi kalau sudi, bolehla drop semula komen atau baca entry tu buat kali ke-2, haha maaf berperangai keji! Tapi terima kasih.

1) Search tajuk entry korang (atau keywords) tu di google. Bila dah jumpa tekan anak panah kecik sebelah link tu dan click cached


2) Dapat semula entry yang dah hilang tu! So korang cuma copy and paste je dan publish sebagai entry baru.

comments pun ada jugak. cuma tak boleh tekan button comment mahupun reply. tsk..

Aku buat benda ni right after insiden tu berlaku. So kiranya entry yang dah delete tu masih fresh dan belum hilang dari pandangan google (harini check entry tu dah hilang buat selamanya huaaa). So kalau yang entry lama-lama tu tak sure pulak macam mana caranya.

Pengajaran di sini, lepasni aku akan lebih berhati-hati bila bukak blog guna phone. Jari ni asyik licin je terdelete sana sini. Sebelum ni pun accidently pernah terdelete komen (walhal nak publish komen tu..)


26 comments:

  1. Great tips! Lepas ni kalau incident macam ni berlaku, boleh try hehe. But kena hati2 jugak lah next time kan 😅

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn jadi cam saya, semua benda asik cuai kahkah

      Delete
  2. patut lah haritu ada nampak entry yg sama keluar dalam blog list blog. syg nyaaaa. haha takpe mazni,lepas ni harap2 tak terdelete lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha siapa yg letak saya kt bloglist maybe perasan kot. harapnya lepasni tak cuai dahlah T^T

      Delete
  3. I accidentally deleted most of my blog posts before I migrated to wordpress lol. I was lucky because I write everything in a writing software before I publish it in blog but it was such a pain to edit and write everything from scratch and that's how my blog ended up having have 10+ posts

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yg tu lagi menyedihkan T__T mmemang taklah nk post baru balik kan huhu

      Delete
  4. akak pernah ter delete komen..hahahaha...perkara biasa kalau buat guna phone...pasal tu kalau boleh elak buat anything pakai phone kalau berkait dengan blog :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lepasni tobat sikitla nk bukak blog guna phone... paling takleh terima dlm banyak2 entry kenapa mesti terdelete entry traveloka tu jugak ahhaha

      Delete
  5. oo mujur boleh recover kan, kalau tak sayang betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi dh recover pun still tk sama dgn entry yg pernah didelete dulula. komen dgn pageviews smua lesupp TT

      Delete
  6. Kalau buka guna phone memang ada kemungkinan nak terdelete entry lah komen lah. Hari tu akak terdelete komen, banyak pulak tu T_T Murung sehari sebab tak boleh nak recover balik. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan! kalau komen dh terdelete mmng tkleh buat apa dah T__T

      Delete
  7. first time tahu boleh recover yang terdelete ni.
    thank you mazni

    ReplyDelete
  8. Wahhhhh thank you for sharing this tip! Might be used in the future XD

    ReplyDelete
  9. Allah. bertabah lah, nasib baik dapat balik even tak se bagus yang lama. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu. kalau tidak jenuh jugakla nk karang balik entry tu hahaha

      Delete
  10. Selalu takut nak padam, lepasni kalau betul-betul terpadam bolehla apply tips ni. hee.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  11. Terima kasih. Saya pun pernah ter delete entry saya.
    Tapi tak tau nak cari kat mana. Hilang begitu je.

    Thnks Mazni. Puasa ke hari ni? Perempuan ada sebab tak boleh puasa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa dah tu kita ni selalu sgt terdelete entry haha

      haha alhamdulillah puasa. berbuka nnti nk makan nasi kerabu yg jiran buat

      Delete

Nak komen apa? silakan~