18 Nov 2016

Trip WA : Rottnest island part 1


11/2/2016 - Thursday

Seawal jam 6 pagi, kami dah bertolak keluar dari rumah dan terus pegi fremantle jetty. Kitorang naik ferry eagle express. 

Sebelum terlupa, ticket ferry boleh beli kat kaunter tapi sebab nak jimat masa, kakngah dah beli ticket online so tak payah kena beratur panjang, cuma scan code ticket dari handphone pastu boleh masuk ferry dengan gaya yang begitu ewahnya macam diva sangadd.

Okay pasal price pula... Untuk ke Rotto island ni adalah 150++ AUD, which cost us around 500++ MYR. Pricey? Yup memanglah sebab currency depa 3 kali lipat dari duit kita. Tapi serious tak rasa rugi pegi sini sebab tempatnya terlampau cantik!


Ni sedikit info pasal Rottnest island;

- Nama panggilan manja ialah Rotto island
- keluasan pulau adalah 19 km
- perjalanan 18 km dari arah barat fremantle dan memakan masa 1 jam
- Terkenal dengan haiwan comel yang bernama Quokka


And taraaa here we are! Sepanjang duduk dalam ferry ni, risau dok memikirkan nasib kami 2 orang yang kena survive sendiri kat pulau yang begitu asing ni. Dan aku tersangat sangatlah yakin kami berdua je the only muslims kat pulau tu, huhu.

Kitorang pilih bike tour so itulah transport kitorang sepanjang harini dan takde sape2 yang guide perjalanan kami wehee~

The sea are perfectly graced with crystal clear water! Memang SubhanAllah, jernih sangat air laut kat sini. Tambah pulak datang masa time summer, memang silau mata bila tengok kekilauan yang terpacar pada permukaan air laut tu.


Seharian duduk kat sini, kitorang teroka satu pulau ni dengan mengayuh basikal. Pecah rekod terbaru, selama 19 tahun hidup tak pernah aku cycling sejauh 24 km kott. Kayuh basikal pusing satu pulau pulak tu.

Satu pencapaian yang hebat buat diri yang jarang berbasikal ni, haha.

Time ni takde gps, takde wifi, line hidup mati hidup mati jee. Cuma berpandukan peta, kitorang terokai pulau ni sambil mengayuh basikal di bawah sinaran matahari yang bapak panas terik nak mampos.

Tapi ada peta pun sesat jugak so end up dengan tak guna sangat pun peta tu, stop je kat setiap perhentian yang kitorang jumpa. Ni kira cabar diri jugaklah, haha.


Perhentian pertama, Henrietta Rocks. Tempat dimana terdapatnya kapal karam. Kecik je rangka kapal karam tu, ingatkan besau sangat.


Kat sini tak turun sampai bawah pun sebab nak jimat masa, so kami hanya singgah sekejap dan ambil gambar, pastu terus pergi next point.

jalan sangat selamat untuk berbasikal sebab tak banyak kereta lalu lalang pun

Sampai je di next point, dah ada quokka tunggu! So cuteeeeee! Nanti akan ada lebih banyak quokka kat perhentian2 seterusnya <3


Ni adalah Parker Point. So cantik dan mesti best kalau dapat mandi kat sini.


Kemudian terus gerak ke tempat seterusnya, 


Nampak kan lighthouse nun jauh sana tu? Yang tu ialah Wadjemup  lighthouse. Kat Rotto ni cuma ada 2 lighthouse je, dan lagi satu ialah Bathurst lighthouse. Aku taktau camne nak bezakan kedua-dua lighthouse ni sebab rupanya sama je. 

Yang aku tau, Bathurst lighthouse ni dekat dengan settlement dan jetty manakala Wadjemup lighthouse ni pulak terletak betul2 di tengah Rottnest dan berdekatan dengan Salmon Bay.


Jeannis Lookout.

Sekian dulu, sambung dalam next entry sebab need to recall my memory back, ughh

To be continued....


19 comments:

  1. bestnyaaaaa. bestnyaaa naik basikal. bestnyaaa air jernih tu, rasa macam nak berendam je dalam tu. comel la quokka nie. cantik sungguh permandangan kat tempat2 tu. waiting for next entry. wehehhee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun teringin jugak nak berenang masa tu T__T rugi sangat tak bawak baju lebih. mampu celup kaki je..

      Delete
  2. nak berbasikal jugakkkkk xD quokka tu nampak mcm tikus T_T mazni pgang ke? huaaaa i hate tikus hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah macam tikus sikit rupa dia. tapi comelllllll! of courselah pegang, hehe xD

      Delete
  3. Nak komen ni pun kena test robot

    ReplyDelete
    Replies
    1. serious ke ada robot? sbb saya dah setting bagi takde robot..sorrryyyy

      Delete
  4. aaaaa, best nya cycling trip macam ni :D dah lama tak buat, sbb dah sejuk sekarang T_T

    quokka tu sejenis binatang yg mcm mana?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tapi penattt

      bentuk dia macam tikus, tpi cara dia melompat mcm kanggaroo!

      Delete
  5. Asal akak datang je mesti blog awak dah bertukar wajah getting cuter and cuter and cuter... Why.. so... rajin....

    ReplyDelete
  6. 150dol seorang ke berdua ? huurm telan ailio jaaap tengok harga ehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk 2 orang kak. mmng boleh menangis gak dgn harga dia haha. tpi cukuplah dtg sekali sebagai pengalaman kan hihi

      Delete
  7. Ya Allah dikk. Cantik sangat!! Bestnya dapat pergiii

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~