31 Oct 2016

Berjumpa dengan komuniti Melayu Islam di Perth


Assalamualaikum

Lama betul baru nak sambung entry Aussie ni ek, hampir 2 bulan hilang tanpa cerita. Bilalah agaknya nak habis hahaha.

Sambungan daripada entry pegi zoo caversham, malam tu kami takde buat apa-apa. So kami pun ikutla Aunty Ilah pegi kenduri tahlil. Yang kitorang pegi ni tahlil hari ke-3..

Actually nak kata komuniti melayu kat perth tu tidakla sangat.. Perth tu bebetul kat bandar. Rumah orang melayu yang kitorang pegi ni bersebelahan dengan kawasan Marangaroo tapi aku lupa apa nama tempatnya..


Di Australia, Perth adalah antara tempat yang paling ramai orang Malaysia tinggal. Sebab dekat dengan Malaysia kan. Tapi, kalau orang yang dah lama tinggal kat sini most of them sebenarnya ada yang berasal daripada cocos island atau christmas island. Pulau krismas ni terletak dalam lebih kurang 2600 km dari barat laut perth. Pulau cocos dengan krismas ni lebih kurang sama jela ada ramai komuniti melayu. Tapi bila tanya makcik2 kat sana, ramai yang kata diorang ni berasal dari krismas island.. So cane mereka semua ni boleh berhijrah ke perth?

Mengikut cerita yang aku ingat haritu, pulau tu agak terpencil dan tak berapa ramai penduduk. Peluang pekerjaan kat sana tak banyak dan nak hidup kat situ pun susah sebab tak banyak kemudahan yang disediakan.


Disebabkan tu, kerajaan Australia berpendapat yang pulau Krismas tu macam tak berapa sesuai untuk dijadikan penempatan walaupun mostly yg tinggal kat pulau tu adalah dari kalangan immigration.

So kerajaan Australia tanya warga immagrate khususnya orang Melayu lah sama ada nak balik Malaysia atau nak migrate ke perth. Ada yang pilih nak balik Malaysia je dan ada juga yang nak stay terus kat Perth.

Macam orang-orang yang aku jumpa kat kenduri tahlil ni, diorang pilih untuk stay kat perth sebab katanya anak-anak semua dah belajar kat situ so macam payah pulak kalau kena pindah balik Malaysia. Begitulah kisahnya macam mana penduduk melayu ada ramai di perth.

Ada juga aku dengar cerita yang sorang pakcik ni umur dia 88 tahun. Dia memang dilahirkan dan dibesarkan disini but still boleh cakap Melayu jugak. Still mereka ni tak lupa asal-usul melayu walaupun dah berapa puluh tahun tinggal kat sini.

Maafkan saya kalau ada silap dalam memberi info ni, huhu. Jenuh nak recall balik semua memori masa pegi perth dulu --


Sorry ye gambaq gegaq vaganzaq. 2 ni je gambar yang aku sempat snap masa tahlil tu sebab tak berani nak ambil gambar banyak2, ahaa. Tengah buat kenduri arwah, macam tak sesuai je nak ambik gambar kan, apa pula kata orang nanti..

Anyway, orang2 kat sini memang peramah terutama makcik yg pakai baju merah kotak2 tu, hehe. Dia dah stay sini dalam 15 tahun tak silap. Cuma sebab kami ni 1st time jumpa dengan orang2 kat sini, so rasa macam awkward sikit sebab taktau nak borak apa, ahaa.

Masa ada kat majlis tahlil ni, perasaan tu rasa macam ada kat rumah sepupu sepapat je. Terlupa pula kita ada kat Aussie time ni, cuma bezanya parents je takde :p Btw makanan yang disediakan malam tu sedap sangatt!

Betullah orang cakap, bila dah duduk kat luar negara ni bonding dia dgn malaysian lagi kuat sebab kita duduk dalam kelompok yg kecil. Sebab tu setiap kali bila nampak orang Malaysia je rasa excited kan, hehe :D

Thanks for reading!


10 comments:

  1. Setujuuu! Rasa mcm family sendiri je kan bonding dia :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat jejalan ke negara lain..
    AM pun ada juga niat nak pi perh jejalan kenal negara orang..Huhuhu

    Posting terbaru AM
    Digi - Terjerat Dengan Digi 8 Tahun Sudah


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  3. Saya tertarik dengan info berkaitan Cocos Island, sebuah penempatan org Melayu di Australia

    ReplyDelete
  4. kiranya orang melayu di australia adalah warganegara situ? teruja pulak bila tahu dkt aus ada bangga melayu

    salam singgah :)

    ReplyDelete
  5. menarik nie. pernah tengok majalah 3 dedulu ada cerita pasal orang melayu di australia. :D

    ReplyDelete
  6. That pakcik knows how to speak Bahasa? Wow, I'm surprised.

    ReplyDelete
  7. Bonding sesama bangsa inshaAllah kuat. Lagi-lagi satu agama, lagilaaa~ :)

    ReplyDelete
  8. bestnya !! seronok bila dapat peluang macam ni =)

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~