7 Aug 2015

Kehidupan disini


Assalamualaikum
#KLIK  #KLIK  #KLIK


Hai apa khabar. Akhirnya setelah sebulan baru dapat menaip balik kat blog ni. Aku rasa aku ni penipu besar, katanya blog ni akan kembali aktif, tapi... korang tengoklah macam mana, nak update entry baru pun kena tunggu setiap satu bulan jugak.. MUAHAHAHAHA!

Assignment melambak gilaaa sampai takde masa nak bukak blog. Bab tidur tu takyah cakaplah. Memang tidur pukul 4/5 pagi je tiap-tiap hari. Sape tidur pukul 12 atau 1 pagi tu kira melampau sangat, hahaha. Bila pegi kelas mata masing-masing dah macam kena tumbuk dengan panda jee. 

Harini class takde so aku curilah masa sikit nak update blog. heh, padahal assignment bersepah lagi doo.

aku tengoklah, perspective orang ramai terhadap students art & design ni adalah course kitorang ni agak santai dan taklah se sesusah sperti yang ambil course science, law, engineering,archi semua2 tu. Hakikatnya kitorang mengalami tekanan jiwa yang sangat dahsyat. Setiap minggu wajib ada project art yang nak kena buat dan perlu hantar ikut daadline yg ditetapkan. Kalau bernasib baik sikit, lecturer tanguhkan tarikh.

FND110, FND111. Ni subjek yang paling sakit sekali. Dahla kelas sampai 5 jam, dia punya keje yang paling banyak lak tu sampai tenggelam assignment utk subjek lain. Kadang tu aku sampai nasihat kat adik aku, "kau jangan ambil art & design bila dah masuk U nanti." hahhaha. 

Sebenarnya, semua course susah. Takde yang senang bila dah masuk belajar ni. Kalau ada orang berpendapat yg budak art ni peluang pekerjaan tak banyak, maybe korang silap. Aku ambil printing technology. Belajar graphic design dan akan belajar cara untuk gerakkan mesin printing yang harga 5 juta tu. Kitorang mungkin boleh jadi graphic designer, tempat2 printing atau kerja kat penerbitan buku2.

Sama jugalah yang ambil industrial design, fine art, ceramic, textile, fashion, photography dan lain2 lagi. Kalau korang masuk fakulti aku, tengok sendiri apa yang students hasilkan. Memang lawa gilaa and rasa macam bukan students je yang buat semua tu. Yang course aku ni tunggulah dalam entry lain nanti aku ceritakan apa yang kitorang buat.

So janganlah pandang budak art ni macam, "kau amek course art je, takdelah susah macam course aku". Kecik hati mak tau.. Kitorang sampai tak tidur nak siapkan projek yg datang tiap-tiap minggu ni, duit pulak nak kena pakai banyak sebab tiap-tiap minggu kena beli barang utk art. Serious. 

Nak tahu rupa bilik kitorang tiap2 minggu camne? camni haa

Ni baru kawasan aku je, belum masuk kawasan kawan2 aku yang lain. xD Bilik ni sentiasa bersepah dengan kertas-kertas kat lantai. Dah takleh beza ni bilik pompuan ke tak. Nak masuk bilik kitorang, kau pijak jelah kertas-kertas yang bersepah kat lantai tu, lols sangat.

So, aku nak cite sikit pasal roommate dengan classmates aku
muka penat baru lps habis kelas dan terus pegi berbuka kat luar. 1 missing in action

roommate baru. nama dia Sophie. 

Diorang ni kepala macam dah tercabut skru dah. Suka sangat berhuha huhu. Aku pun dah mula ikut-ikut perangai diorang yang kuat bercakap ni xD Nak nak pulak aku ni sebilik dengan penyanyi dan pelawak tersohor dari Perak. Lagilah bising~

Untuk classmates pulak, diorang semua memang baik gila. Terutamanya bebudak lelaki. Adakah mungkin kerana kelas kitorang cuma ada 9 orang lelaki dan 10 perempuan so kejahatannya belum terserlah lagi sebab jumlahnya terlampau sikit? hahahaha. Tapi ada jugak yang suka buat lawak, suka buat kacau. Kalau semua baik+pendiam je dalam kelas tu, mereputlah aku kebosanan.

Aku suka gila duduk sekelas dengan diorang ni sebab semuanya baik-baik. Lect pun puji kelas kitorang ni baik je semua. Terharu kami semua tauu~

Tapi disebabkan diorang ni terlampau baik, so diorang tak berapa mesra alam sangat. Nak ajak bergambar satu kelas pun susah benar. Nak ajak yang perempuan tu no hal, ni yang lelaki ni. So aku terpaksalah ambil gambar curi2 masa dalam kelas. Sebab masa ni pun kelas tengah santai sikit. Ingat senang ke nak duduk dalam satu bulatan bila dalam kelas camni? haha


Time ni kelas ELC. Lect suruh kitorang tulis apa yang kita tau tentang sikap classmates kita. Time nilah nak mengutuk, nak puji apa bagai semua tu, haha. Pastu bila dah dapat kertas, semua gelak bila baca apa yang orang describe pasal kita.

Diorang semua describe aku baik2. Haha syukur makk. Tapi aku rasa diorang tak kenal aku dengan lebih mendalam lagi kott *emoji ketawa sampai mencurah air mata*
maaflah kalau ada yg terbroken english. Asalkan kitorang gumbira.

Part org kata aku suka selfie tu tidak sahih. Aku selalu bukak front camera sebab nak betulkan tudung je, bukan nak selfiaq punn.

Itu jekot yang aku nak cerita. Yang pasti, aku sangat seronok berada disini walaupun dibebani dengan assignment yang sangat menimbun.

Thanks for reading! kita bertemu lagi selepas 1 bulan. HAHA!

Salaam~