10 Mar 2015

Kecelaruan memilih course


Assalamualaikum
KLIK  KLIK  KLIK


Wehh rasa dah lama gila tak menulis kat blog! Dah selamat ambil result SPM pun masih takde khabar. Well, ai dah start keje balik kan uolls, macamlah ade masa nak berblog dah. Huhu sedeyy..

Oh ya result SPM aku? Alhamdulillah lepas target yang aku nak walaupun bukan straight A's. Can u feel me bila kita memang dah lama gila target sesuatu benda tu then kita berjaya achieve target yang kita nak tu? All praises to Allah :)

So sekarang ni memang semua orang tengah dok sibuk nak apply upu lah. Dah nak masuk U ni kita kena pilih course yang betul-betul kita minat. Karang silap pilih course parah kau nanti, haaaaa.

Tahun lepas cikgu kaunseling aku ada ceritalah yang anak murid dia menangis-nangis dapat course yang dia tak minat, pastu nak tukar balik course tu yang jadi payah. Takut pulak kalau jadi camtu. Kalau benda tu memang kita tak minat, memang kau takkan boleh bawak kott..

Masa aku check kat upu tu, ntah kenapa rambang mata lak nak pilih course-course yang ada. Banyak yang nampak macam best sampai taktau nak pilih yang mana. Dalam 1 jam jugaklah aku dok melangok depan komputer ni nak tengok semua course yang ditawarkan. Kakak aku yang duduk sebelah ni pun sabar je tunggu aku decide. Oh begini rasanya keadaan dilema..

Nak buat keputusan ni bukan benda senang. Kena fikir 10 kali baru buat keputusan. Lagi-lagi benda ni bakal menentukan masa depan kita, cita-cita kita.

Okaylah mungkin boleh menentukan masa depan kita tapi rezeki atau nasib tetap Tuhan yang tentukan jugak kan. Kena berfikiran positif je. 

Dan sekarang, aku dah selamat memohon. Aku pilih Art&Design. Tinggal nak tunggu tawaran je. Uuu rasa tak sabar pun ada, rasa takut pun ada. Kalau dapat U yang jauh-jauh confirm homesick gila nanti. Biasalah budak tak penah duduk jauh dari family, wahahahaha!

Thanks for reading!