4 Sep 2017

Persiapan kahwin


Assalamualaikum

Woah dah lamanya tak bukak blog kan. Bulan lepas memang busy sangat sebab kakak sulung nak kahwin, so kitorang sebagai adik-adik haruslah fangsyenn(function). Ni kakak yang nak kawen, kita pun rasa serabut sekali tau. Terutama nak membungkus goodies dan kemas rumah tu XD

Kitorang buat jamuan kat dewan. Makan pun katering je, tak mampu kot nak masak sendiri. Banyak gila benda lain yang nak kena buat. Memandangkan ni anak sulung yang nak kawen, so memang mak abah jemput kawan-kawan dia ramai jugaklah. Lebih-lebih lagi bapak aku hotstuff so kawan dia memang ramai gila HAHA!

And we sengsara bungkus goodies sebanyak 1400++. Seminggu hadap goodies weh, sampaikan hari nak akad tu pun pagi-pagi masih buat goodies lagi. Last minute sangat tau, padahal tenaga kerja tak sampai 10 orang pun. Tapi alhamdulillah semua cukup.


3 tahun yang lalu, aku dah kata awal-awal nak buatkan kad kawen kaklong. Benda ni boleh jadi portfolio kalau nak mintak kerja nanti wahaha. Aku buat kad, banner dengan sticker tapi tiga-2 ni sepesen je :p Senang kerja

siapa nak kawen boleh pm saya utk designkan kad wahaha

Kitorang buat gubahan sendiri jugak, tapi memang simple sangatlah. Sendiri buat sendiri puji cantik, sekali bila tengok hantaran pihak laki... Nampak fancy sungguh hasil gubahannya. Rasa kelakar pula kita mampu bagi simple-simple, diorang punya hias tudiaaa. Siap berkotak-kotak kayu. Aha 1st time buat, yang penting effort tido pukul 2 pagi tu ada.

boleh teka kot mana satu hasil orang yg takde pengalaman :p
Dewan pulak sewa dekat UKM je memandangkan abah staff sana. Dewan ni memang luas jugakla, lengkap dengan aircond, ada tandas, surau. Katering dan wedding planner pun did a really good job! Tetamu kata ayam goreng berempah dia sedap, tapi kitorang tak sempat nak merasa.. haha takpelah kan. Yang penting semua puas hati :D

Oh tema kami lavender + mint. Suka dengan combination kaler meja makan tu, nampak lembut sangat.

Siapa duduk di sekitar Kajang, Bangi boleh cuba tengok2.




Abang ipar i orang Langkawi, haritu kami semua datang kenduri kat belah Langkawi. Oi orang kampung semangat waja dia power betul, semua buat sendiri! Makanan  masak sendiri, Kek kawen buat sendiri, pasang khemah pun sendiri. Makanan memang sedap gila tapi tulah tak sempat nak amek gambar. 

dah ada 2 orang abang hewhew
Sangat wow tengok bunga telur tu. steady je cucuk dekat batang pokok pisang *jakun

Alhamdulillah selamat dah dua-dua belah kenduri. Seronokla kakak aku dapat orang Langkawi, tengok muka abang ipar je nanti mesti teringat pinggan mangkuk branded dengan ceklat hahaha! Yang penting Langkawi bebas cukai :p 

Thanks for reading!